unung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung
Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian
gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai
Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia
dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara,
tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan
Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Mo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan